Wednesday, July 24, 2013

Selamat Datang ke 
ANNUR RIZQI TRADING
membekal atap rumbia atap nipah

Atap Rumbia banyak digunakan untuk membuat atap rumah, reban ayam dan itik, resort, gazevo,atap pondok/rumah rehat. Atap rumbia mempunyai kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba seperti atap genting.

Setiap atap rumbia biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir, mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

Jika anda ingin memcipta ruang rekrasi yang indah lagi menghijau, anda mungkin boleh mengilhamkan sebuah rumah istirehat/pondok yang berlatarkan atap rumbia. Seakan-akan anda berada di kawasan taman yang tenang dan 'kekampungan'....

Ini adalah gambar atap rumbia yang boleh dijadikan atap rumah, atap resort/pondok rehat dan sebagainya.
.








Membekal atap rumbia/nipah, nibong dan buluh.



ATAP RUMBIA






ATAP NIPAH




NIBONG



buluh





Kami pengusaha dan pembekal atap rumbia, atap nipah, nibong dan buluh yang beroperasi di Kuala Selangor . Kami sedia  menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.Sila hubungi kami di talian untuk tempahan.
 
017- 294 9019 (Pn. Nor).
019- 329 3176 (En.Ali)

Atap Rumbia Dan Kegunaan



 Atap rumbia memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting. Bagi atap rumbia gred satu yang menggunakan bilangan daun yang banyak dan rapat-rapai, ia mampu tahan lebih daripada sepuluh tahun berbanding atai nipah yang perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses.

Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakan kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula, ia mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.